Optimus FC vs KPJ Penang FC
1 - 0
07 December 2021
Away friendly match played on 07 December 2021.
Kicked off at 6:10 PM
1-0
vs Optimus FC
Away friendly match
Satu lagi perlawanan persahabatan menentang Optimus FC di adakan. Perlawanan bermula agak seimbang pada mulanya dengan kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan. KPJ Penang FC membuat pertukaran awal dengan memasukkan Peijal menggantikan Syed dan selang beberapa minit kemudian Mujib dibawa masuk menggantikan Ariffuddin di bahagian serangan.
Namun, pertukaran ini tidak menghalang Optimus FC mengasak kubu pertahanan pasukan dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol pendahuluan apabila kesilapan pertahanan KPJ Penang FC, Boy yang gagal mengekang bola daripada dicuri oleh pihak lawan dan mereka berjaya mendapatkan gol.
KPJ Penang FC cuba memberikan saingan namun terdapat beberapa percubaan tersasar dan berjaya di halang oleh Optimus FC. Kedudukan kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.
Untuk separuh masa kedua, pertukaran dilakukan lagi dengan Iman, Yasir dan Nuri dibawa masuk masing-masing menggantikan Shukri, Leman dan Boy.
Perlawanan separuh masa kedua ini menyaksikan perlawanan menjadi agak tegang dan Optimus FC lebih banyak mengawal bola. Persaingan untuk mendapatkan di antara kedua-dua pasukan menjadi sangat tegang pada satu ketika. Afif kemudian di bawa keluar dan digantikan dengan Fahmi.
Kemuncak ketegangan akhirnya meletus apabila kekasaran dilakukan ke atas Ti dan Ti bertindak ke atas pihak lawan. Dengan tidak disangka-sangka, Ti telah ditampar oleh pihak lawan dan membawa kepada lebih ketegangan kepada dua-dua pasukan. Kedua-duanya tidak dikenakan sebarang kad namun diminta keluar padang oleh pengadil.
Beberapa pemain diganti dengan Ariffuddin dibawa masuk kembali selepas beberapa percaturan membabitkan Mujib tidak menjadi dan Boy menggantikan Renu, Optimus FC makin menguatkan cengkaman selaku pendahulu dengan lebih menguasai permainan maka KPJ Penang FC terpaksa bermain secara bertahan dalam mengekang asakan lawan. Satu ketika Optimus FC hampir menggandakan jaringan namun tindakan pantas Zul berjaya menyelamatkan gawang beberapa kali.
Dua pertukaran akhir dilakukan dengan Ikmar dibawa masuk menggantikan Iman dan Syed menggantikan Nuri akibat kecederaan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga akhir saingan.