KPJ Penang FC vs Desa Aman FC
0 - 1
26 November 2021
Home tournament match played on 26 November 2021.
Kicked off at 7:30 PM
0-1
vs Desa Aman FC
Home tournament match
Ini merupakan perlawanan akhir di antara KPJ Penang FC melawan Desa Aman FC untuk Pertandingan 4 Penjuru. Perlawanan ini merupakan pengalaman pertama pasukan untuk bermain dalam perlawanan akhir di mana-mana pertandingan justeru ianya akan memberikan pengalaman terbaik buat ke semua pemain. Perlawanan dimainkan selama 30 minit dengan 15 minit untuk setiap separuh masa.
Pasukan KPJ Penang FC membuat beberapa percubaan ke arah gawang lawan pada awal permainan namun pasukan lawan tidak juga kurang hebat dalam melancarkan beberapa percubaan ke arah gawang pasukan. Yo di keluarkan dan digantikan oleg Ti setelah berlaku beberapa kekasaran di antara dan pasukan lawan dan ini bertujuan untuk mengendurkan sedikit suhu permainan.
Tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masih ketandusan gol. KPJ Penang FC melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Ikmar menggantikan Shukri, Fahmi menggantikan Boy serta Leman dan Iman masing-masing menggantikan Syed dan Peijal. Kesemua pemain ini menggantikan barisan pertahanan secara keseluruhan.
Perlawanan berlangsung sangat sengit dengan kedua-dua pasukan cuba melakukan asakan ke arah kubu lawan. Satu asakan keras dilakukan oleh Najmi ke arah pemain lawan hampir membuatkan pengadil melayangkan kad namun Najmi diberikan amaran lisan oleh pengadil. Menjelang minit-minit akhir, perlawanan berlangsung dengan intensiti tinggi dengan kedua-dua masing-masing ingin memenangi perlawanan akhir ini. Hazwan juga melakukan beberapa kesilapan yang hampir membuatkan pihak lawan menjaringkan gol namun disiplin pertahanan pasukan masih jitu.
Faiz dikeluarkan selepas mengalami kekejangan dan digantikan dengan Nuri. Desa Aman FC akhirnya mendapat gol yang diingini apabila sepakan sudut dari arah kiri berjaya ditanduk kemas oleh pemain mereka dan mereka mendahului perlawanan ini. Permainan berakhir dengan Desa Aman FC menjadi juara untuk pertandingan ini.
Satu permainan yang baik serta disiplin yang sangat tinggi ditunjukkan oleh pemain pasukan terutamanya barisan pertahanan yang berjuang ke saat akhir untuk menafikan setiap percubaan lawan. Tidak ketinggalan barisan serangan dan tengah yang cuba membantu. Ini merupakan perlawanan berintensiti tinggi yang julung kali dimainkan oleh pasukan dan ini merupakan satu pengalaman yang berharga apatah lagi pasukan berjaya menjadi naib johan pada penyertaan pertama kali dalam pertandingan ini. Syabas kepada KPJ Penang FC dan pasukan akan berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan!!!