KPJ Penang FC - Scania vs KPJ Penang FC - Omega
1 - 1
14 December 2021
Away other match played on 14 December 2021.
Kicked off at 6:10 PM
1-1
vs KPJ Penang FC - Alpha
Away other match
Perlawanan pertama selepas penarikan diri mengejut oleh Coach Jason pada minggu lepas yang menyaksikan berlaku sedikit kekeiruan di dalam pasukan mengenai siapa yang akan menyusun barisan pemain minggu ini. Walau bagaimana pun, Jason masih lagi di dalam pasukan dan akan tetap menyokong pasukan. Tugas penyenaraian barisan pemain diambil alih oleh Afy yang menyaksikan sedikit perubahan di antara Alpha dan Omega.
Percaturan Afy adalah untuk meletakkan barisan menyerang diwakili Alpha dan barisan pertahanan diwakili oleh Omega. Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan ke arah lawan masing-masing. Pada separuh masa pertama, kelihatan Alpha lebih menguasai serangan namun ketiadaan penyudah sama ada dari Allix dan juga barisan tengah. Omega dalam masa yang sama sedikit bergelut dengan pertahanan mereka masih mampu untuk memberikan saingan.
Omega memecah kebuntuan hasil serangan dari arah kanan Alpha menerusi Renu yang menyepak ke arah penjaga gol Alpha, Hazwan yang kemudiannya berjaya menepis bola tersebut. Namun kealpaan pertahanan kiri Alpha memberi ruang kepada Ti untuk menjaringkan gol dan membawa Omega di hadapan. Alpha tidak membuang masa dengan mengatur serangan dan hasilnya Yo berjaya menjaringkan satu gol akibat kekalutan di bahagian pertahanan Omega hasil hantaran pendek oleh Ayen ke arah Yo. Kedua-dua pasuka terikat 1-1 dan keadaan kekal sehingga separuh masa kedua.
Separuh masa kedua tiada pertukaran diantara pemain Alpha namun Omega membuat satu pertukaran dengan Ariffuddin dibawa masuk menggantikan Afy. Separuh masa kedua membuatkan Omega lebih bersemangat untuk menyerang dengan beberapa larian dari arah kiri Alpha diketuai Mujib cuba menghasilkan gol kedua buat Omega. Namun, kekurangan kreativiti oleh Mujib memberi sedikit kelebihan buat Nuri untuk menghalang asakan Mujib. Namun, larian derasnya pula memberi kelebihan untuk sesekali menguji gawang Alpha atau menghantar bola ke arah Ariffuddin atau Renu.
Alpha pada separuh masa kedua seolah-olah lemas kerana ketiadaan langsung serangan dan banyak lorongan dari pemain tengah ke arah penyerang dipatahkan oleh pertahanan Omega. Najmi dibawa keluar dan digantikan oleh Afy untuk pertukaran kedua oleh Omega. Kedudukan seri sehingga akhir perlawanan.
Ini merupakan perlawanan terakhir sebelum KPJ Penang FC akan melayan kunjungan KPJ Perlis FC pada Sabtu ini di dalam satu lagi perlawanan persahabatan. Untuk Alpha, kekurangan ketara pada kali ini adalah kurangnya fungsi dibahagian tengah menyebabkan bola hilang serta kekurangan lorongan kemas ke arah penyerang. Barisan pertahanan Omega bertindak dengan disiplin tinggi dalam usaha mempertahankan kubu mereka.