KPJ Penang FC - Alpha vs KPJ Penang FC - Raptor
3 - 1
26 October 2021
Home other match played on 26 October 2021.
Kicked off at 6:10 PM
3-1
vs KPJ Penang FC - Omega
Home other match
Perlawana ke 16 buat Alpha dan Omega berlangsung dalam cuaca yang agak baik. Formasi kedua-dua pasukan sama pada kali ini menerusi formasi 4-4-2.
Omega memulakan sepak mula dan mula merancang serangan ke arah kubu Alpha. Omega berjaya menembusi gawang seawal minit permainan apabila Peijal berjaya menjaringkan gol awal selepas lantunan bola hasil sepakan Ayen dari tiang gol berjaya disambar Peijal dan menjaringkan gol menerusi kaki kiri. Omega mendahului dengan satu gol.
Tersentak dengan gol awal oleh Omega, Alpha memperkemaskan serangan dengan serangan dan hantaran bawah ke arah jentera serangan mereka kali ini menerusi gandingan Allix dan Mujib. Barisan bek Omega berdisplin dalam mengekang asakan lawan. Namun, kesilapan mudah bek tengah Omega, Yasir gagal menahan kemas hantaran dari Mujib dapat disambar oleh Allix untuk menyamakan kedudukan.
Terikat satu gol sama, serangan dan hantaran di antara kedua-dua pasukan seimbang. Omega banyak menggunakan khidmat pemain sayap kiri mereka Achik untuk mencipta hantaran dan serangan dari sebelah kiri. Manakala, Alpha banyak cuba mencipta peluang dari arah tengah menerusi gandingan pemain tengah mereka Afy dan Ti. Usaha Alpha berhasil apabila Ti berjaya menerima hantaran Afy dari arah tengah dan melepasi bek kiri Omega, Boy untuk mendahului Omega. Tamat separuh masa pertama dengan Alpha 2, Omega 1.
Tiada sebarang pertukaran pemain kali ini ekoran tiada pemain gantian. Formasi kekal seperti separuh masa pertama, hanya dari Omega dengan Syahir bermain sedikit atas dari posisinya sebelum ini untuk membantu serangan dari bawah.
Alpha mengambil giliran untuk sepak mula. Alpha kali ini cuba menguasai permainan dengan hantaran-hantaran pantas ke arah gawang Omega. Hasilnya, Alpha berjaya mendapat gol ketiga menerusi Allix yang berjaya memanfaatkan kesilapan penjaga gol Omega, Hazwan yang teragak-agak untuk keluar dari kotaknya dan Allix dengan mudah membuat umpanan ke arah gawang Omega.
Omega cuba mencari gol untuk merapatkan jurang gol dengan melancarkan beberapa serangan dari arah tengah. Syahir kali ini cuba memainkan peranan dengan cuba membuat hantaran-hantaran jauh ke arah gawang Alpha dengan harapan dapat disudahkan dengan serangan susulan. Alpha juga mencuba perkara baru terutamanya semasa mereka memenangi sepakan sudut. Pertahanan kanan mereka, Leman ditugaskan untuk menganggu kedudukan Hazwan dalam usaha untuk mendapatkan gol tambahan.
Perlawanan berakhir dengan Alpha menang ke atas Omega dengan keputusan 3-1. Ini merupakan perlawanan terakhir sebelum pasukan akan berkunjung ke Kopa Arena USM bagi perlawanan menentang Gasmen FC pada 30 Oktober. Coach Jason sudah mendapat bayangan awal untuk barisan kesebelasan utama pada perlawanan ini dan pasukan akan cuba mendapat keputusan yang baik pada perlawanan persahabatan keenam pada tahun ini.