KACUK FC vs FFM
3 - 3
18 March 2018
Home friendly match played on 18 March 2018.
Kicked off at 8:00 AM
3-3
vs FFM
Home friendly match
Permulaan baru Kacuk FC since 2013. Kali ini memandangkan player masuk dan keluar maka setelah dipersetujui kit baru akan diperkenalkan. Dortmund UCL version pilihan yang tepat.
Lawan kali ini ialah FFM di mana rekod lama menyaksikan Kacuk FC tewas. Kali ini diharap dapat memperbaiki rekod kemenangan.
Pemain yang turun hari ini ialah
.
GK
Alif Idris
.
Def
Luqman Nawawi Nawawi
Ball Soon Vito
Mohd Nabil
Ezzy Azzmiel (LIPAK)
Sy Faruq Al Yahya
Hafez Retro
Mukhtar Mustafa
Shahrul Mohamed
Muhammad Syahmi
.
Mid
Mohd Zulhelmi Yusof
Hafidz Yusof
M Zaheezul Yusof
ShahReza Mohamed
Hariz Hasshim
AnOk MOk
Truefighter Madoc
Haikal Zakariya
.
Fwd
Mazuan Mansor
Farid Mfby
Imran Abd Jamil
Millie Mili
Separuh masa pertama berkesudahan 2-0 di mana gol dijaringkan oleh Millie Mili setelah Hariz Hasshim melepasi pertahanan dan meluru dari kiri gol sebelum menolak ke dalam namun tertampan defend lawan dan singgah di kaki Millie sebelum menolak masuk untuk gol pertama. Gol kedua hadir apabila Ejoe yang mara ke depan mendapat umpanan dari Millie dan terus merembat padu untuk gol kedua. Fais Ozil hanya dapat merebahkan badan namun jangkauan tangan beliau teramat jauh.
Separuh masa kedua bermula apabila hampir kesemua pemain ditukarkan. Namun kali ini taktik ini dipanggil parking bas. Kacuk FC terus menerus bertahan sehingga wisel separuh masa kedua ditiupkan.
Gol separuh masa ketiga hadir apabila sepakan penjuru Hafidz Yusof singgah tepat di kepala Zahir yang tidak dikawal terus menanduk ke near post.
Separuh masa keempat beberapa pemain telah pulang ini menyebabkan hanya 3 defend yang ada untuk meneruskan permainan. Taktik ditukarkan kepada 3-2-4-1 dengan meletakkan 3 defend dan 2 holding midfielder. Namun taktik ini memakan diri apabila 2 gol mudah dilepaskan menjadikan kedudukan semasa 3-2. Ade 2 peluang hadir oleh Payed apabila hanya berdepan dengan seorang defend namun gagal diterjemahkan untuk menjadikan kedudukan 4-2. Sekali lagi peluang hadir apabila thru ball dari Ejoe berjaya menewaskan offside dan Payed sudah melepasi GK namun bola yang ditolak sambil berjoget tidak masuk ke gawang gol. Diulang - gawang yang tidak dikawal GK namun bola masih tak masuk.
Akhirnya FFM mendaoat gol penyamaan dari sepakan penjuru yang ditanduk kemas membuatkan GK Kacuk FC Alif Idris kaku seketika.
Perlawanan tamat dengan keputusan penuh
Kacuk FC (3) vs (3) FFM
.
29' Millie (Hariz)
48' Ejoe (Millie )
62' Zahir (Hafidz)