BOOMBALL FC vs KACUK FC
2 - 6
14 January 2018
Away friendly match played on 14 January 2018.
Kicked off at 8:00 AM
2-6
vs BOOMBALL FC
Away friendly match
Setelah mengharungi permulaan tahun 2018 dengan kekalahan, Kacuk FC bangkit penuh bertenaga apabila menerima kunjungan pasukan terdiri pemain2 luar gabungan Indonesia & Korea.
Senarai2 pemain yang turun :
GK
Alif Idris
.
DEF
Ball Soon Vito
Luqman Nawawi
Aniq
Mohd Nabil
Fazal Amin ??
.
MID
M Zaheezul Yusof
Azam Abd Halim
ShahReza Mohamed
AnOk MOk
Lan Dan Nur Jiha
Truefighter Madoc
.
FWD
Mazuan Mansor
Ikhwan Aisyah Khalid
Khairul Abey
.
Kacuk FC menggunakan formasi 3-5-2
dengan Mohd Nabil Luqman Nawawi dan Aniq di bahagian pertahanan, AnOk MOk Truefighter Madoc Azam Abd Halim Joe dan Mazuan Mansor di bahagian tengah serta Ikhwan dan Khairul Abey di bahagian serangan. AnOk MOk bertindak cemerlang apabila membantu bahagian serangan serta fallback untuk membantu pertahanan sama juga seperti Mazuan Mansor.
Zahir, Ejoe dan Azam juga selesa bermain Tiki Taka di tengah namun sedikit terencat kerana keadaan padang.
Khairul Abey dan Ikhwan seringkali membuatkan pertahanan lawan kacau bilau dengan larian serta lorongan2 merbahaya. Namun keputusan hari ini 6-2 masih boleh ditambah dengan beberapa peluang yang disia2kan.
Gol2 Kacuk dihasilkan oleh :
1. Ikhwan (EJoe)
2. Abey (Mazue)
3. Mazue (EJoe)
4. Mazue (Lan)
5. Ikhwan (Mazue)
6. EJoe (Ja)
Gol pertama terhasil dari sepakan penjuru yang diambil oleh tidak lain dan tidak bukan Ejoe. Hantaran yang tepat ke kepala Ikhwan yang terus menanduk masuk untuk gol pertama.
Gol kedua terhasil dari thru ball dari Mazuan Mansor yang terus ke kaki Khairul Abey yang sempat memperdayakan GK sebelum menolak mudah masuk ke gawang yang kosong.
Gol ketiga hasil hantaran Joe kepada Mazue yang melewati pertahanan lawan dan terus membawa ke depan gol sebelum merembat terus ke dalam gol.
Gol keempat dijaringkan lagi oleh Mazue hasil lorongan cantik Lan Dan Nur Jiha dan memecut ke depan gol untuk menjaringkan gol.
Gol kelima hasil rembatan dari Mazue yang ditepis GK sebelum singgah ke kaki Ikhwan dan mudah menolak untuk gol kelima.
Gol keenam dan terakhir bermula dari larian Ejoe di sebelah kiri meminta bola dari Ja yang berada di sebelah kanan. Hantaran lintang dari Ja terus sampai ke Joe yang kemudian memperdayakan lawan dengan menarik kembali bola sebelum merembat lencong ke far post.
Namun masih banyak yang perlu diperbaiki kerana banyak hantaran kurang tepat selain dari lontaran ke dalam Mohd Nabil yang foul. Terima kasih buat Alif Idris yang cemerlang mengawal gawang tanpa glove tetapi 2 gol yang bolos tersebut merupakan gol2 terbaik sepanjang perlawanan pagi tadi.