Bandar Putra 2 vs KACUK FC
0 - 0
11 November 2018
Away league match played on 11 November 2018.
Kicked off at 5:00 PM
0-0
vs Bandar Putra 2
Away league match
Game kali ini menampilkan Ezzy Azzmiel dan Syafiq Yusof yang telah lama berehat. Diharap selepas ini Kacuk FC masih dapat khidmat mereka di perlawanan2 penting setiap minggu. 1st half bermula dengan kesebelasan utama ialah Alif sebagai GK, Amin dan Derih sebagai CB, Afif sebagai RB dan Luqman sbg LB. Manakala bahagian tengah dikemudi oleh Ejoe, State dan Adeq. Bahagian serangan diketuai oleh Abang dan dibantu oleh Ja di sayap kanan dan Haris di sayap kiri.
Permulaan 1st half agak sukar bagi Kacuk FC kerana BP2 FC mendominasi bahagian tengah dan sekali sekala penyerang BP2 FC Khairul Amir membuat larian menembusi pertahanan Kacuk FC. Namun Amin dan Derih berjaya mengawal keadaan. Namun serangan Kacuk FC sering terarah kepada Haris dan menyebabkan Ja kurang mendapat bola. Abang juga mendapat beberapa peluang namun sepakan tidak seperti sepakan, seperti pass kepada GK. Di sinilah silap percaturan Kacuk FC yang sepatutnya memasukkan Mazuan untuk mengemudi bahagian serangan kerana Abang hanya mempunyai pengalaman beraksi di bahagian tengah. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan masih 0-0.
Separuh masa kedua beberapa pertukaran pemain yang dilihat seperti Azam, Abg Mie di bahagian tengah, Syahmi, Ezyy di bahagian CB serta Amir di RB serta Mazuan di ST dan Mat Yie di kanan serta Farid di bahagian kiri. Farid berjaya mendapat peluang apabila Oppo membuat back pass yang berjaya dipintas Farid dan memperdayakan GK namun berjaya di tolak keluar pemain lawan. Mazuan juga mempunyai peluang terbuka namun rembatannya off target. Kacuk FC mendapat beberapa sepakan penjuru namun sering digagalkan Gk BP2 FC yang KEMAH KEMING. Peluang terbuka BP2 FC juga hadir apabila Alif telah tewas namun sepakan pemain sayap kiri BP2 FC berjaya di tahan Derih untuk menafikan peluang gol.
Sekian laporan untuk 1st half dan 2nd half. 3rd and 4th half dah lupa cuma OLE yang kemah dari Ejoe menghiasi petang semalam yang tidak ubah seperti gaya Ronaldinho. Hadoowww